KEAHLIAN
DAN BAYARAN
YURAN
KEAHLIAN DAN KHAIRAT TAHUNAN
Keahlian PEKDIS
Semua Guru Pendidikan Islam perlu menjadi ahli pertubuhan bagi
mendokong dan membantu aktiviti-aktiviti dakwah Islamiah sekolah-sekolah serta
menjaga kebajikan dan kepentingan perkhidmatan masing-masing.
Ahli biasa adalah terbuka kepada:
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang
dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk mengajar mata pelajaran
Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Institusi-institusi pengajian kerajaan dan
bantuan kerajaan.
2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang
telah berpencen.
3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang
sedang berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat
Pelajaran Daerah atau Pejabat Pelajaran Bahagian.
*Setiap ahli akan diberikan kad keahlian.
Yuran Keahlian
Yuran tahunan ialah
sebanyak RM12.00 dan hendaklah dibayar kepada bendahari Cawangan
selewat-lewatnya pada 28 Februari setiap tahun.
Bagi SEMUA AHLI PEKDIS
CAWANGAN PERAK sahaja dikenakan bayaran RM3.00 setahun sepertimana
yang telah dipersetujui oleh semua ahli di dalam Mesyuarat Agung PEKDIS
CAWANGAN PERAK yang telah dilaksanakan pada 13 MAC 2017.
Berikut adalah
pecahan bayaran tahunan tersebut:
1. RM 12.00 - Yuran
Keahlian (RM 10.00 PEKDIS Daerah/RM 2.00 PEKDIS Negeri)
2. RM 03.00 - Khairat PEKDIS Cawangan
Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan