PROFIL PEKDIS
PEKDIS adalah singkatan bagi Pertubuhan Dakwah Islamiah
Sekolah - Sekolah Malaysia. Bergerak sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO),
ia mula ditubuhkan pada tahun 2005.
Yang DiPertua PEKDIS yang pertama ialah Yang Berbahagia Hj.
Abd. Razak bin Draman, Pengarah Bahagian Dakwah dan Kepimpinan , Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), KPM. Bagi sesi 2009/2010, jawatan Yang
DiPertua PEKDIS disandang oleh Tn. Hj. Abdullah bin Md. Din, Timbalan
Pengarah (Operasi Dakwah), Bahagian Pendidikan Islam, KPM.
Sehingga 2010, jumlah guru Pendidikan Islam seluruh Negara
telah mencapai angka lebih 42 ribu orang. Jumlah ini dijangka akan mencecah
angka lebih 60 ribu orang apabila semua keperluan jawatan diisi menjelang 2015
nanti.
Sehubungan dengan itu, semua Guru Pendidikan
Islam perlu menjadi ahli pertubuhan bagi mendokong dan membantu
aktiviti-aktiviti dakwah Islamiah sekolah-sekolah serta menjaga kebajikan dan
kepentingan perkhidmatan masing-masing.
Visi
Sebuah
Organisasi yang berwibawa dalam memperjuangkan nasib ahlinya tanpa mengabaikan
tanggungjwab sebagai Pendidik MISI Memastikan perjuangan dalam semua aspek
kebajikan ahlinya dapat disalurkan dengan cara paling berkesan demi keselesaan
dan kesejahteraan para ahlinya
Misi
1. Merapatkan Ukhuwwah Islamiah antara
Guru Pendidikan Islam (GPI), meningkatkan prestasi perkhidmatan dan
profesionalisme GPI serta menjaga kebajikan GPI.
2. Menjalinkan kerjasama antara Jabatan
dan Institusi Pendidikan dan juga dengan badan-badan Dakwah dan agensi-agensi
lain bagi menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
3. Meningkatkan kualiti pengurusan
Pendidikan Islam dan Dakwah melalui perkongsian idea dan pengalaman di semua
peringkat.
4. Mendukung dan mengamalkan
prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan
Islam (FPI).
5. Membantu pelaksanaan aktiviti Dakwah
dan kokurikulum Pendidikan Islam di sekolah.
6. Menerima derma, tajaan dan sumbangan
dengan syarat telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan dan lain-lain
agensi yang berkaitan.
7. Merancang dan melaksanakan program dan
aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan kewangan di cawangan-cawangan
PEKDIS seluruh negara dengan mendapat kelulusan Mesyuarat Agung terlebih
dahulu.
8. Merancang
dan melaksanakan progarm dan aktiviti-aktiviti yang memberi perkhidmatan,
kebajikan kepada semua ahli dari segi pendidikan, kerjaya dan kesihatan
Keahlian
1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang
dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan
Islam dan Bahasa Arab di institusi-institusi pendidikan kerajaan dan bantuan
kerajaan.
2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang
telan bersara.
3. Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) atau Pejabat Pendidikan Bahagian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan