DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG ........SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG PEKDIS CAWANGAN PERAK ........

KEBAJIKAN

PEKDIS CAWANGAN PERAK
Prihatin Ummah 



23/1/2019: Gerik, Hulu Perak-PEKDIS Perihatin Ummah telah melaksanakan aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti masyarakat sekitar Gerik. Beberapa buah keluarga telah dikunjungi oleh team PEKDIS Cawangan Perak (PCP). Dalam kunjungan tersebut PCP telah meyampaikan sumbangan bantuan berupa keperluan dapur. Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi PEKDIS Cawangan Perak Tn. Hj. Roslan b. Abu Hassan. Turut serta dalam kunjungan tersebut adalah pegawai-pegawai SPI JPN Perak dan Pegawai-pegawai UPI PPD seluruh Perak merangkap urusetia PCP.


28/1/2019: Parit Buntar, Kerian-PEKDIS Perihatin Ummah telah melancarkan tabung Sumbangan Membantu Rakyat Syria untuk menghadapi musim sejuk melampau di seluruh sekolah daerah Kerian. Tabung tersebut telah dilancarkan oleh Ustaz Mohd Khairul Roshikin, Pegawai SPI, JPN Perak. Sebanyak RM 13,400.00 telah berjaya dikumpulkan melalui kerjasama di kalangan ahli-ahli PEKDIS. Hasil kutipan telah diserahkan oleh Pn Hajah Sepiah bt Saphi, Ketua PPD Kerian kepada Ustaz Zulkifli Ibrahim, Timbalan Pengerusi MAPIM.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan